SMTBw forum

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SMTBw forum

saluran terbaik anda.. Sun Apr 11, 2021 9:22 am

Log in

I forgot my password

Latest topics

» 2003-2004...
Petua org dahulu kala.. EmptyMon Mar 15, 2010 9:00 pm by Lan

» 2004-2005..
Petua org dahulu kala.. EmptySun Mar 14, 2010 7:54 pm by Key-Ell

» 2001-2002...
Petua org dahulu kala.. EmptySun Dec 27, 2009 8:31 pm by ::idayu::

» Batch tahun 1998-1999-2000
Petua org dahulu kala.. EmptyFri Oct 09, 2009 10:44 am by syamsul teloi

» Cadangan untuk menggempakkan website nieh..
Petua org dahulu kala.. EmptySat Feb 28, 2009 4:11 am by jumperz

» NEW Member Introduction Only....
Petua org dahulu kala.. EmptySat Feb 28, 2009 4:05 am by jumperz

» Tarikh luput tong gas.. Tau ke?
Petua org dahulu kala.. EmptyWed Jan 28, 2009 2:59 pm by barT kinG

» Betul ka ni??
Petua org dahulu kala.. EmptyWed Jan 28, 2009 2:54 pm by barT kinG

» Gambar terbaru~
Petua org dahulu kala.. EmptyWed Jan 28, 2009 2:49 pm by barT kinG

Navigation

VISI SMTBw


"SMTBw menjadi sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik, kemahiran(skills) dan kokurikulum, yang mampu meghasilkan lulusan yang boleh berdikari, berkualiti dan berilmu pengetahuan serta tahu menggunakan ilmu untuk kerja yang produktif dan profesional."

MISI SMTBw


"Mewujudkan sistem persekolahan yang terbaik untuk meghasilkan insan yang seimbang dan harmonis yang dapat memenuhi aspirasi dan kehendak agama, bangsa dan negara"

Moderator YM Status(Msg jika ada sebarang masalah)

errorareOdeqzaimoa
v2v

    Petua org dahulu kala..

    errorare
    errorare
    Moderator
    Moderator


    Male Number of posts : 27
    Age : 38
    Location : Penang
    Registration date : 2008-05-02

    Petua org dahulu kala.. Empty Petua org dahulu kala..

    Post  errorare Fri Jan 23, 2009 5:09 pm

    1.
    BAWANG PUTIH CEGAH ULAT . Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau
    ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga
    atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur
    minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat
    mencuba CEPAT DAN RINGKAS Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang
    lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan,
    loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila
    cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya mat
    memuaskan.

    2. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA Tumbuk beberapa
    helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca
    besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti
    pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas
    menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap, lembut segar
    serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah
    cantik bermaya.

    3. AYAM TIDAK HANYIR LAGI Mereka yang
    gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong
    dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan
    sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit
    seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah
    garing dan lazat.

    4. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR Untuk
    mengelak kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah
    menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.
    Caranya: Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika
    air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman.
    Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Pakaian itu pasti tidak akan
    luntur lagi.

    5. TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT Bagi anda
    yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka, cubalah
    petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk
    dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan
    leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan
    parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan
    air suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya
    memuaskan.

    6. RAMPING TANPA SEBARANG BELANJA Bagaimana
    hendak kurus tanpa sebarang belanja, senaman dan ubat-ubatan? Cara
    paling senang, melalui displin. Displinkan diri ketika makan - jangan
    makan terlampau laju. Pastikan setiap suapan 40 kali kunyahan. Juga
    diingatkan: jangan sekali-kali makan berulam air. Selain mengelakkan
    perut daripada buncit, ia juga dapat menghindarkan sakit pinggang.

    7. MEWANGIKAN RAMBUT Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang
    ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci
    sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

    8. MENGHALAU LIPAS Masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam
    almari maju atau almari pinggan mangkuk.. insya Allah lipas akan lari
    dan daun limau purut menghasilkan aroma yg wangi... ... selamat
    mencuba...

    9. MENGHILANG KESAN KARAT PADA BESI Untuk
    menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada benda-benda
    cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat dari besi dan
    dah karat tapi sayang nak buang... . camnie caranya... -Ambil sedikit
    cuka dan dicampurkan dengan garam. -Larutkan kedua-dua bahan ini ke
    dalam sebekas air. -Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu
    ke dalam larutan air tadi.
    -Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan
    karat pada besi akan beransur-ansur hilang. Selamatlah barang-barang
    yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. Selamat
    mencuba... . Hilangkan bau

    10. NASI HANGIT kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie...
    -Pertama : -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan
    dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika,
    -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer
    nasi tu.. sebab tak dipotong) -Kedua... -kalau bau hangitnya tidak
    terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah,
    takder bau hangit tu... -Ketiga kalau kat rumah tu ada daun pisang,
    letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak... .
    InsyaAllah

    11. HILANG KESAN PARUT JEWAWAT Caranya... ambil
    kayu manis... dengan menggunakan sedikit air.. asahkannya di permukaan
    kasar
    (Contoh: permukaan belakang pasu/ batu tumbuk). -Selepas
    itu, sapukannya di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam,
    InsyaAllah kesannya akan hilang.

    12. TANGGALKAN KESAN
    COKLAT GETAH PADA KAIN baju atau seluar yang terkena coklat getah
    panaskan dengan iron dengan suhu yang paling tinggi.
    -alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal.
    jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat
    mencuba

    13. SENANG MENGANTUK caranya ... . makan madu
    lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit sahaja anda akan
    merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi cubalah...

    14. MENGHILANGKAN BAU DURIAN cara nak hilangkan bau durian pada tangan
    tu senang aje.. kite ambik kulit durian, yang bahagian belakang kulit
    (bahagian yang berduri) tu diletak di bawah paip air. -basuhkan tangan
    dengan air yang mengalir melalui kulit tadi. Maka hilanglah bau durian
    yang melekat pada tangan tadi

    15. MENGHALUSKAN KULIT MUKA
    : Tentu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan
    susah hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah -panaskan susu segar
    (atau susu tepung yang dibancuh) hingga mendidih -Kemudian angkat dan
    sejukkannya. -sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering.
    -Selepas itu barulah bersihkan muka dengan air suam. -Amalkan
    terutamanya pada sebelah malam sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka
    anda menjadi lebih halus dan lembut.

      Current date/time is Mon Apr 29, 2024 9:19 am